Jangan Abai Vaksin 5 Serangkai - Utusan Malaysia - 19 November 2015

Ibu bapa seharusnya membawa anak-anak mereka untuk vaksinasi, bukan sahaja untuk kesihatan anak-anak, tetapi juga sebagai tanggungjawab kita kepada anak-anak orang lain yang mungkin akan terkesan dengan penyakit anak-anak  yang tidak divaksin. Ketahui lebih lanjut dalam temubual bersama Pakat Kanak-Kanak kami, Dr Wong Yoke Peng, dalam Utusan Malaysia.

VAKSIN dan kanak-kanak, antara isu yang tidak pernah habis diperkatakan dalam kalangan ibu bapa sejak kebelakangan ini.

Belum habis dibincangkan isu golongan antivaksin yang dilihat semakin meluas dalam kalangan masyarakat hari ini, timbul pula isu mengenai sesetengah vaksin mengandungi unsur babi.

Terbaharu, ibu bapa digemparkan tentangan kekurangan stok vaksin lima serangkai yang sepatutnya diberikan kepada bayi berusia dua, tiga, lima, dan 18 bulan.

Kekurangan stok vaksin tersebut telah membuatkan sebilangan ibu bapa risau dan menjadi kelam-kabut kerana bimbang anak-anak dijangkiti penyakit yang boleh mengancam nyawa.

Hakikatnya vaksin sangat penting kepada kanak-kanak kerana mereka merupakan kelompok yang sentiasa terdedah kepada penyakit.

Pemberian vaksin merupakan satu langkah pencegahan bagi menangani penyakit berjangkit dan berbahaya.

Secara umumnya, vaksin adalah pemberian antigenik tertentu kepada kanak-kanak melalui suntikan atau oral, bagi membentuk imuniti dalam badan terhadap patogen, iaitu ejen yang menyebabkan penyakit disebabkan oleh virus atau kuman tertentu.

Vaksin dihasilkan dengan mengambil sebahagian kecil bakteria atau virus atau keseluruhan virus yang telah dilemah atau dimatikan untuk disuntik ke dalam badan.

Tujuan vaksin untuk membentuk antibodi atau pertahanan dalam tubuh supaya kuman tertentu yang memasuki badan akan membina antibodi. Secara semula jadi tubuh kita mempunyai sistem pertahanan atau imun sistem yang aktif untuk melawan kuman.

Sistem ini akan bertindak seperti satu kumpulan pertahanan untuk menyerang, melawan dan memusnahkan kuman yang memasuki badan. Malah, bertindak membentuk sistem pertahanan baharu terhadap kuman yang menyerang.

Mengulas mengenai kekurangan stok vaksin, Pakar Pediatrik dan Neonatal, Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dr. Wong Yoke Peng, berkata, ibu bapa tidak perlu terlalu risau dengan keadaan tersebut kerana vaksin boleh diambil walaupun selepas tarikh yang sepatutnya.

Bagaimanapun, ibu bapa disaran tidak melengahkan pengambilan suntikan vaksin lima serangkai itu sekiranya stok kembali pulih.

“Tidak dinafikan suntikan vaksin lima serangkai ini dicucuk mengikut jadual atau pun tarikh yang telah pun ditetapkan oleh pihak klinik.

“Begitupun, disebabkan masalah yang dihadapi negara hari ini, pengambilan suntikan tersebut boleh dilewatkan daripada tarikh yang sepatutnya.

“Namun, ibu bapa dinasihat mendapatkan suntikan vaksin lima serangkai ini secepat mungkin sebaik sahaja stok kembali pulih seperti sedia kala dan jangan melengahkannya,” ujarnya ketika ditemui di kliniknya, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai suntikan vaksin tersebut, tuturnya, prosedur tersebut merupakan suntikan yang diwajibkan oleh kerajaan untuk bayi yang berusia dua, tiga, lima, dan 18 bulan.

Pengambilan suntikan tersebut adalah bertujuan untuk mencegah lima penyakit iaitu polio, difteria, kan­cing gigi, batuk kokol, dan jangkitan influenza hemofilus jenis B.

Yang pasti, kata Dr. Yoke Peng, pemberian vaksin ini telah banyak mengurangkan kes kecacatan serta meningkatkan perlindungan terhadap penyakit berjangkit dan penyakit berbahaya lain.

Sambung beliau, suntikan lima serangkai ini juga harus dihabiskan kitarannya sebanyak lima kali dalam usaha mendapatkan perlindungan maksimum, kerana sekiranya tidak berbuat demikian, anak hanya memperoleh perlindungan 70 hingga 80 peratus sahaja.

Tegasnya, vaksin sebenarnya meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak itu dan dalam erti kata lain selepas mengambil vaksin tubuh badan mereka terlindung daripada virus tersebut dan sekiranya dijangkiti ia tidaklah seteruk kanak-kanak yang tidak mengambil vaksin.

Mengambil kira dengan senario yang berlaku di negara kita hari ini, Dr. Yoke Peng menyarankan agar ibu bapa menitik beratkan soal kebersihan diri dan juga persekitaran.

Pada masa yang sama beliau juga berharap agar ibu bapa mengurangkan serta menghadkan aktiviti luar anak masing-masing.

“Memandangkan sehingga kini negara masih lagi kekurangan vaksin lima serangkai ini, orang ramai terutama sekali ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin ini agar menjaga kebersihan diri dan juga persekitaran.

“Selain itu, ibu bapa juga disarankan agar kerap mencuci tangan dan jauhi anak-anak anda daripada ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang sedang sakit.

“Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke pusat asuhan kanak-kanak juga dinasihatkan agar tidak menghantar anak-anak anda sekiranya mereka demam atau sakit dan semua ini adalah usaha untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya lanjut.

Ternyata pengambilan vaksin secara berjadual boleh membantu mencegah penyakit dan pada masa yang sama ia dapat memberi perlindungan dan juga mengurangkan kesan lebih buruk kepada anak-anak anda.

- See more at: http://www.utusan.com.my/mobile/gaya-hidup/kesihatan/jangan-abai-vaksin-lima-serangkai-1.160078#sthash.klfTQlZU.dpu

- See more at: http://www.utusan.com.my/mobile/gaya-hidup/kesihatan/jangan-abai-vaksin-lima-serangkai-1.160078#sthash.klfTQlZU.dpuf