Article Details

Doktor, saya rasa saya menghidapi penyakit resdung.

30-04-2018

Dr Aminuddin Saim

Ketua Jabatan 

Jabatan Telinga Hidung Tekak

(Otorhinolaryngologi head and neck surgery)

Ampang Puteri Specialist Hospital

 

Ini merupakan kelohan yang saya sering dengar dari pesakit saya.  Apakah penyakit resdung? Jawapannya ianya adalah satu perkataan yang agak mengelirukan dan dari segi perubatan ianya tidak mempunyai makna.

Namunbegitu perkataan resdung di kaitkan dengna keluhan pesakit yang menghidapi masalah hidung. Pesakit sering mengadu :

1.     Hidung tersumbat

2.     Lelehan  hingus yang berlebihan

3.     Bersin selalu

4.     Hingus yang berubah warna dan berbau busuk

5.     Pening kepala

6.     Bengkak mata

7.     Kegatalan di hidung mulut dan muka

Pada asasnya keluhan di atas merupakan keluhan untuk penyakit di bahagian hidung dan sinus manusia.  Masalah ini boleh di kategorikan kepada dua jenis

1.     Alahan hidung ( allergic rhinitis)

2.     Jangkitan kuman di sinus (sinusitis)

1.Alahan hidung

Alahan hidung atau allergic rhinitis bukan merupakan satu penyakit. Ianya merupakan tindakbalas hidung dan tubuh pada alahan sekitaran seperti debu, bulu binatang dan makanan. Sesetengah manusia mempunyai kadar alahan yang tinggi pada perkara tersebut di panggil hypersensitiviti. Ini menyebabkan bahagian dalam hidung membengkak, mengeluarkan cairan berlebihan dan bersin. Keadaan ini berterusan jika bahan alahan ini berterusan berada di sekitaran pesakit. Ianya menyebabkan keadaan yang tidak selesa dan kadangkala menyebabkan pening kepala dan keletihan.


Rawatan:

1.     Hidari kawasan yang mempunyai debu dan alahan

2.     Pakar Telinga hdung dan tekak akan menentukan tahap alahan pada hidung dan sinus megunakan endoskop ke bahagian rongga hidung

3.     Ubatan seperti antihistamin boleh di gunakan

4.     Semburan untuk mengurangkan keradangan dan kebengkakan terdiri daripada steroid dan bukan steroid selalu di gunakan selepas bertemu doktor.

2.Apakah itu sinus?

Sinus merupakan rongga di bahagian tengkorak kepala yang terdiri dari beberapa jenis yang di panggil sinus frontal, ethmoid , maxillary dan sphenoid. Sinus ini di liputi oleh kulit pernafasan seperti lapisan dalam  bahagian dalam hidung dan ianya merembeskan cecair hingus. Tugasnya memberikan ruang pernafasan yang lebih besar dan penapisan kotoran sebelum masuk ke paru-paru. Ronga-rongga sinus ini akan berkomunikasi dengan bahagian hidung dengan terowong kecil.


3.Apakah berlaku semasa jangkitan sinus atau sinusitis?

Masalah berlaku semasa jangkitan kuman atau alahan menyebabkan terowong ini membengkak dan menyumbat saluran sinus. Ini menyebabkan cairan hingus terkumpul dan menjadi nanah dan menyebabkan simptom seperti nafas berbau, hingusan bertukar warna, pening kepala , demam dan sukar bernafas. Ini di panggil sinusitis.


Rawatan:

1.     Doktor akan melakukan pemeriksan endoskop ke rongga hidung dan sinus

2.     Pengambilan sampel hingus boleh di lakukan untuk mengenalpasti kuman yang di jangkiti.

3.     Pengubatan pertama adalah antibiotik yang bersesuaian.

4.     Pesakit juga akan di berikan ubatan unutk mengurangkan kebengkakan di sinus seperti antihistamin dan semburan anti keradangan.

5.       Pembedahan sinus di lakukan selepas rawatan konservatif gagal dan selepas di kesan melalui pengimbasan  CT scan sinus.


CT SCAN SINUS NORMAL


CT SCAN JANGKITAN SINUS(SINUSITIS)


4.Pembedahan sinus.

Pembedahan ini di masa kini di lakukan setelah pesakit di bius. Alatan yang di gunakan di namakan endoskopi sinus. Pembedahan ini di lakukan menerusi rongga hidung dan tidak memerlukan pemotongan di bahagian luar hidung atau kulit.



Pakar bedah  telinga hidung dan tekak akan mengunakan endoskopi dan sistem kamera untuk memasuki rongga sinus melalui rongga hidung.

 

Untuk mendapatkan keterangan lanjut dan appointment  sila layari webpage kami di

https://www.kpjampang.com,  dr_aminuddin@kpjampang.com

Back